HOME INFO

PETUA

PENGEDAR

Madu lebah asli yang berkualiti tinggi amat sukar ditemui terutama ketika zaman moden ini. Adakalanya madu lebah yang terdapat dipasaran dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna.

Madu Lebah Tayyibah merupakan madu lebah Asli "Natural"  bersumber dari nektar bunga hutan yang sangat misteri lalu dikumpulkan dan di olah menjadi madu lebah oleh lebah liar hutan, Apis Dorsata. Keistimewaan dan khasiat madu lebah ini sangat tinggi kerana nektarnya terdiri dari pelbagai jenis bunga hutan alam nusantara (poliflora) sehingga komposisi gizi, rasa, warna dan aromanya lebih kompleks dan unggul dibanding madu lebah yang berasal dari lebah ternak yang bersumber dari satu jenis bunga tertentu sahaja (monoflora).

Madu Lebah Tayyibah menawarkan 2 jenis madu lebah asli hutan yang sangat berkualiti untuk keperluan penyembuhan dan pengubatan atau sebagai minuman harian yang sangat berkhasiat.
  1. Madu Lebah Asli Hutan Segar, di mana madu lebah dari hutan yang terus disaring dan dikemaskan dengan botol (mengandungi kadar peratus air 18%-22%).
  2. Madu Lebah Asli Hutan Segar Pekat, di mana madu lebah dari hutan yang terus disaring dan ditingkatkan kualitinya dengan mengurangi kadar air madu lebah sehingga sampai ke peringkat bebas peragian (yieast fermentation) iaitu 15%-17%.

 Perbezaan madu lebah asli dan madu lebah tiruan

  • Madu lebah campuran mengandungi kandungan gula sukrosa yang rendah
  • Madu lebah sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu
  • Sukar untuk membezakan antara madu lebah asli dan madu lebah tiruan melainkan menerusi ujian makmal
  • Bagi mereka yang biasa makan madu lebah asli, dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu lebah tiruan.
 Kandungan dalam madu lebah
Madu lebah mengandungi pelbagai unsur-unsur penting dengan jumlahnya yang ideal dengan tubuh manusia seperti:
             
 
  • Kalsium (Ca)
  • Phosphor (P)
  • Natrium (Na)
  • Thiamin
  • Niacin
 
  • Riboflavin
  • Potassium
  • Iron
  • Zink

 

     
Di samping itu, gula dalam madu lebah (glukosa dan fruktosa) merupakan gula ringkas (simple sugar, monosacharide) yang mana apabila di makan seketika akan terus diserap oleh darah sehingga menimbulkan tenaga secara spontan. Berbeza dengan gula biasa atau madu lebah tiruan yang merupakan gula kompleks (polisacharide) yang tidak langsung dapat diserap oleh darah, kerana harus dirubah menjadi gula ringkas dengan cara pemprosesan oleh hati yang akan mengakibatkan kerosakan hati (sel herpa) apabila melebihi dos biasa.
Ciri-ciri kimia madu lebah adalah madu lebah mengandungi asid amino (0.05-0.1%) dan  asid organik (0.57%, julat 0.17-1.17%). Purata indek pH bagi madu adalah 3.9 (dengan julat tipikal 3.4-6.1). Kajian yang dilakukan di USDA (U.S Department of Agriculture) mendapati madu terbahagi kepada 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam. Namun, warna madu bukanlah penunjuk yang tepat bagi menguji gred madu kerana ianya dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga yang mempunyai kandungan mineral dan komponen-komponen organik tertentu di dalamnya.
 Khasiat madu lebah
Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya.  Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:
- Asma - Haid - Resdung
- Alahan - Jerawat - Rambut gugur
- Barah - Letih - Sakit kepala
- Buasir - Lendir kahak - Sakit pinggang
- Batuk kering - Lemah jantung - Sakit sendi
- Batuk - Mata - Sukar tidur
- Darah Tinggi - Pening
- Gastrik - Penyeri muka
Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu lebah yang perlu kita ketahui. Khasiat madu lebah yang perlu diketahui adalah:
  • Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
  • Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga
  • Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh
  • Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
  • Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah
  • Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan
  • Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
  • Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
  • Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
 Madu lebah menurut Islam

Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;

"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a: "Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh
 
 Hubungan kesihatan (rawatan) dan madu lebah
Antimicrobial : Madu lebah berupaya bertindak sebagai bahan pengawet. Penyelidikan ilmiah menunjukkan madu lebah dapat mengawetkan buah-buahan dan sayuran daripada enzim yang boleh mengakibatkan ianya berubah kecoklatan dan rosak. Aktiviti antibakteria yang terdapat pada madu lebah ini adalah disebabkan kewujudan hidrogen hidroksida (agen pembunuh bakteria) dan organik antibakteria.
Antioxidants : Madu lebah mengandungi pelbagai fitokimia ‘phytochemicals’ seperti asid organik, vitamin dan enzim yang sememangnya merupakan sumber diet yang penting bagi proses antioksida. Jumlah dan jenis antioksida adalah bergantung kepada kekuatan saripati madu lebah itu sendiri dan sumber bunganya. Biasanya, lebih gelap warna madu lebah menunjukkan lebih tinggi kandungan antioksida berbanding madu yang berwarna agak cerah (kekuningan). Antioksida dalam madu lebah mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.
Enzymes : Enzim memainkan peranan penting dalam madu lebah yang menjadikannya sangat penting untuk pengubatan dan makanan yang berkhasiat tinggi. Sebagai contoh, glucose oxidase berfungsi menukar glucose kepada gluconolactone yang menghasilkan asid gluconic dan hidrogen peroksida.
Pro-Biotic : Campuran madu lebah bersama yogurt dan produk tenusu lain akan meningkatkan lagi aktiviti, pertumbuhan dan kegalakkan bakteria baik, bifidobacteria untuk melawan bakteria jahat bagi keseimbangan usus yang sihat.
 Kaedah ujian keaslian madu lebah
Selama ini banyak petua atau kaedah tradisional yang digunakan untuk menguji keaslian madu lebah. Walaubagaimanapun kaedah ini boleh dipertikaikan secara saintifik. Petua tradisional yang sering digunakan untuk menguji keaslian madu lebah:
Semut : Ini kerana madu lebah asli (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu lebah asli yang akan mengeluarkan gas (madu lebah asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah
Peti Sejuk : Madu lebah asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu lebah asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu lebah asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah.
Pembentukan mendakan kristal : Madu lebah asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu lebah asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah.
Telur : Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu lebah tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman! 
Maka, kami menasihati pengguna dan peminat madu lebah supaya berhati-hati terhadap madu lebah yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan, nanti disangka MADU LEBAH rupanya  RACUN  yang sangat berbahaya. 
Kami sangat berhati-hati dalam memperkatakan tentang madu lebah asli sehingga perlu dihuraikan secara ilmiah agar dapat berkongsi pemahaman dan kesedaran bersama anda semua disamping bersyukur akan nikmat Allah yang tiada tolok bandingnya lagi. Buatlah setitik madu lebah sekiranya anda mampu! Kami tentunya hanya menawarkan madu lebah asli untuk memelihara kedudukan madu agar tetap terjaga sebagai suatu sumber penyembuhan sunnahtullah. 

 Bagaimana untuk menguji keaslian madu lebah?

Kami mencadangkan kepada anda kaedah untuk menguji keaslian madu lebah samada madu lebah yang dijual adalah asli ataupun tiruan. Kaedah mengenalpasti Madu Lebah Asli adalah seperti berikut:
  • Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu lebah.

  • Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu lebah asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu lebah asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan ciri-ciri tertentu. Madu lebah asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.

  • Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu lebah yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu lebah tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu lebah tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.

  • Ada gelang propolis/pollen di bahgian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol.

  • Menggunakan api: ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu lebah asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.

 Sijil Kualiti Madu Lebah Tayyibah

Madu Asli Hutan Tayyibah telah menjalani pensijilan kualiti madu lebah di Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP), UTM pada tanggal 26 September 2006. Madu Lebah Tayyibah adalah terjamin sebagai madu lebah asli hutan yang penuh dengan pelbagai khasiat dan kelebihan. Kami tidak menjual madu lebah tiruan yang memudaratkan orang ramai dan juga tidak menjual madu lebah peliharaan. Produk kami tertumpu pada madu lebah asli hutan yang mengambil nektar dari pelbagai bunga.

" SEKARANG ANDA TIDAK PERLU LAGI RISAU  UNTUK MENDAPATKAN MADU LEBAH ASLI

 KERANA ANDA BOLEH MENDAPATKAN MADU LEBAH ASLI DI SINI"

 Testimoni Madu Lebah Tayyibah
"Sebelum ini anak saya mengalami masalah sembelit dan susah untuk membuang air besar. Syukur kepada ALLAH, setelah saya berikan minuman air madu lebah Tayyibah, tiada lagi masalah sembelit"

Zarina

"Saya memang amalkan makan madu untuk kesihatan. Selepas diperkenalkan oleh seorang kawan, saya mencuba Madu Tayyibah. Kesannya sangat bagus, badan lebih bertenaga dan apabila bangun pagi lendir di kerongkong memang sangat berkurangan. Memang rasa selesalah"

Pak Cik Mie

"Madu lebah tayyibah dapat memberi kesan kepada diri saya hanya selama 3 hari sahaja. Selepas 3 hari dan 3 malam saya amalkan, saya rasa sungguh segar dan bertenaga apabila bangun dari tidur"

Syam

"Anak akak yang kedua ni ada masalah batuk yang tak elok-elok. Ubat dah dua kali ambil, tapi tak sembuh juga. Tengah malam je mulalah dia batuk-batuk. Seorang kawan akak cadangkan akak makan madu ni. Jadi akak cubalah bagi anak akak makan sebelum tidur. Alhamdulillahlah, lepas dua kali bagi batuk anak akak dah tak de..."

Norlela

"Sekarang ini saya telah mengamalkan meminum air madu lebah asli Tayyibah. Selalunya saya minum sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Alhamdulillah......tiada lagi lesu ketika bangun tidur dan sistem pencernaan saya pun OK...."

Azzmi

"Musim hujan nie selalunya sejuk.Apa yang saya buat, saya tumbuk 1 inci halia dengan menggunakan lesung batu dan saya masukkan ke dalam cawan. Kemudian campurkan bersama-sama Madu lebah asli Tayyibah. Tak sampai 1 jam badan saya berasa selesa sekali: angin dalam badan tiada dan haba dalam badan bertambah......"

Faiz

"Madu ada di sebut di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Saya begitu yakin yang madu dapat mencegah penyakit. Oleh yang demikian, sebelum kena adalah lebih baik saya amalkan menggunakan madu dulu. Saya yakin dengan Madu lebah Tayyibah kerana madu lebah ini telah diuji dari segi saintifik di makmal. "

Raduan

"Bila saya bangun tidur, saya rasa ada lendir di kerongkong saya nie... Rasa memang tak selesa. Lalu saya guna Madu lebah asli Tayyibah dan syukur pada Allah, lendir di kerongkong saya telah berkurang. Insya Allah saya akan amalkan meminum Madu lebah asli Tayyibah supaya lendir saya ini akan terus lenyap dalam hidup saya"

Roslan

 Produk Madu Lebah Tayyibah
Produk 1: Madu Lebah Tayyibah Pekat

  Berat: +/-350gram (Isipadu botol 270ml)

  Harga: EM: RM35.00, WM: RM40.00

  (PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN SECARA ONLINE !!!)

 

Produk 2: Madu Lebah Tayyibah Segar

  Berat: +/-200gram (Bekas kaca)

  Harga: EM: RM18.00, WM: RM22.00

 

Produk 3: Madu Lebah Tayyibah Segar

  Berat: +/-350gram (Bekas kaca)

  Harga: EM: RM35.00, WM: RM40.00

 

Produk 4: Madu Lebah Tayyibah Segar

  Berat: +/-350gram (Bekas 'Squeeze High Density' plastik)

  Harga: EM: RM35.00, WM: RM40.00

  (PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN SECARA ONLINE !!!)

 

 Beli Madu Lebah Tayyibah
Langkah 1:

Masukkan wang RM95.00 (1kg), RM35 (350g), RM18 (200g) ke dalam salah satu akaun di bawah:

MAYBANK
No Akaun: 551306706429
Nama: Multi Hexagon Enterprise
3rd Party Email: bahrin@madu.com.my

CIMB BANK
No Akaun: 0106-00000-48101
Nama: MD BAHRIN IBRAHIM

BANK ISLAM
No Akaun: 01-041-0100-27875
Nama: MD BAHRIN IBRAHIM
Langkah 2:
Hantarkan maklumat berikut kepada pihak kami melalui email(sales@madu.com.my) atau fax(075211517) untuk tujuan penghantaran.
a. Senaraikan kuantiti dan jenis produk madu yang dipesan(Produk 1 sehingga produk 5)
b. Hantarkan butir peribadi(Nama penuh, No.Telefon, Alamat dan kaedah pembayaran)
c. Lampirkan bukti pembayaran: Sila copy & paste maklumat transaksi pembayaran anda jika anda menggunakan maybank2u,cimbclicks. Jika anda menggunakan ATM Deposit/ATM Transfer, sila masukkan maklumat masa transaksi, nombor reference tarikh serta lokasi ATM

ANDA BOLEH DAPATKAN MADU TAYYIBAH PADA PENGEDAR YANG BERHAMPIRAN DI KAWASAN ANDA

ATAU HANTARKAN MAKLUMAT ANDA AGAR KAMI DAPAT MENGHUBUNGI ANDA

Nama:
Email:
Telefon:
Perkara:
Mesej:

 

                 

copyright ©2007 khasiat madu lebah asli