HOME INFO

PETUA

PENGEDAR
Kajian Madu Lebah

Kajian yang dilakukan di USDA (U.S Department of Agriculture) mendapati madu lebah terbahagi kepada 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam. Namun, warna madu lebah bukanlah penunjuk yang tepat bagi menguji gred madu lebah kerana ianya dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga yang mempunyai kandungan mineral dan komponen-komponen organik tertentu di dalamnya.

Penapaian/Peragian ‘Fermentation’
Peragian disebabkan oleh yis ‘osmophilic yeasts’ yang merupakan sebahagian micro organisma di dalam madu. Ianya tidak akan berlaku sekiranya kandungan karbohidrat lebih daripada 83%, kelembapan (kadar air) kurang daripada 17.1% , pada suhu penyimpanan madu kurang daripada 52 oF (11 oC), kaedah pemanasan yang sesuai atau setelah dirawat menggunakan radiasi gamma (sinar gamma).

Kandungan Madu Lebah

Madu mengandungi asid amino (0.05-0.1%) dan  asid organik (0.57%, julat 0.17-1.17%). Purata indek pH bagi madu adalah 3.9 (dengan julat tipikal 3.4-6.1)

Jenis Lebah Madu

Terdapat 7 jenis lebah madu yang umum dikenal di dunia sehingga kini:

  1. Apis Dorsata: dikenali dengan lebah sialang atau lebah hutan. Lebah jenis ini banyak terdapat di hutan-hutan tropika Indonesia. Biasanya madu lebah ini diambil dengan cara berburu kerana sukar untuk diternak, satu sarang lebah boleh menghasilkan madu lebah 20-60kg/tahun.
  2. Apis Cerana: dikenali dengan lebah sayak. Lebah sayak merupakan lebah tempatan yang banyak terdapat di hutan dan dapat diternak. Lebah sayak ini boleh menghasilkan madu lebah sebanyak 10-20kg/tahun.
  3. Apis florea: dikenal dengan lebah kecil atau lebah jantung, tidak diternak kerana madunya sangat sedikit.
  4. Apis andreniformis: juga dikenal dengan lebah kecil atau lebah jantung, ukurannya mirip dengan Apis florea.
  5. Apis Koschevnikovi: dikenal dengan lebah mata merah, ukuran hampir sama dengan Apis cerana dan tersebar di Sabah dan Sarawak.
  6. Apis laboriosa: iaitu lebah madu yang mirip dengan lebah hutan dan hanya terdapat diketinggian 1200-9100m dpi iaitu di Nepal, Timur Laut India dan China.
  7. Apis Mellifera: adalah jenis lebah unggul eksport-import dari Eropah banyak dikembangkan di Jawa Tengah dan Jawa Timur. Lebah jenis ini dapat menghasilkan madu sehingga 20-60kg/tahun.

Selain lebah dari spesis Apis, juga terdapat jenis lebah tanpa sengat (stingless bee) yang dikenal dengan galo-galo, termasuk ke dalam keluarga Melliponinae. Menurut hasil penelitian Prof Dr Siti Salmah (1992), di negeri Riau terdapat sekitar 24 sub spesis dari marga Trigona. Jenis ini dapat menghasilkan madu yang spesifik dan bee pollen serta resin. Teknik ternak berbeza dengan lebah madu bersengat dan ianya tidak menggunakan bingkai sisiran.

Ciri-ciri Lebah Madu
Lebah Hutan
Jenis lebah liar ini umumnya bersarang pada cabang-cabang pohon yang tinggi (40-60m) di hutan alam, kulit batang tidak mengelupas, licin dan halus. Lingkungan sekitar pohon biasanya dekat dengan sumber air dan sumber tanaman pakan lebah. Jenis pohon yang sering dijadikan sebagai habitat bersarang lebah jenis ini adalah Kayu Ara, Rengas, Pulai, Kempas, Cempedak air dan Kapuk. Setiap pohon biasanya dinaiki oleh koloni lebah hutan disebut oleh masyarakat Riau sebagai pohon Sialang. Populasi koloni secara berperingkat selalu melakukan migrasi dari satu tempat ke tempat lainnya.

Permasalahan dalam pelestarian jenis Apis Dorsata adalah semakin berkurangnya jenis pohon sebagai habitat lebah, akibat adanya penebangan liar dan perubahan status hutan dari hutan alam menjadi Hutan Tanaman Industri ataupun perkebunan.

Lebah Ternak

Jenis Unggul ex-Impor (Apis Mellifera) dalam pengelolaannya perlu adanya perlakuan yang dikenal dengan angon atau penggembalaan lebah dari satu area tanaman ke area lainnya, Hal ini penting dilakukan untuk memenuhi kebutuhan protein bagi pertumbuhan anak-anak lebah yang bersumber dari seruk sari bee pollen tanaman, di samping itu angon juga bertujuan untuk mendapatkan madu pada musim bunga tertentu.

Jenis lebah ternak local (Apis Cerana), kerana sifatnya yang masih alami terdapat keragaman / variasi sifat dan tingkat produktifitas yang sangat berbeda, sebahagian besar koloni kurang produktif dan suka berhijrah, sebaliknya juga ditemukan koloni2 yang subur, jinak dan rajin mengumpulkan bahan madu dan bee pollen, untuk itu perlu dilakukan seleksi bibit secara alami (natural selection). 

Produk berasaskan lebah
Selain madu, ternakan lebah juga menghasilkan produk2 lain yang bersifat ekonomi tinggi seperti bee pollen, royal jelly, lilin lebah/malam, penjualan koloni, ratu, bahan dan peralatan ternak serta pengobatan dengan sengatan lebah (Api Puncture). Manfaat lainnya dari adanya lebah, secara tidak langsung dapat meningkatkan produksi buah-buahan disekitarnya 100-200% iaitu dari hasil penyerbukan silang yang dilakukan oleh lebah pekerja pada saat mencari makan.
 Keratan Akhbar berkenaan madu lebah
Madu Asli Rawat Luka Dua Minggu - Madu adalah rawatan perubatan kuno yang sudah digunakan sejak beberapa abad lalu untuk merawat ulser, penglupasan, jangkitan di mata, tekak dan menyembuhkan luka akibat terkena peluru..........[1/2], [2/2]
Ramai jadi Mangsa Kelentong - Masyarakat di negara ini dinasihatkan supaya memilih madu lebah yang dijual oleh pengusaha dikenali dan tidak melalui orang tengah bagi mengelakkan diri menjadi mangsa "madu rojak" iaitu campuran yang dikumpul dari banyak sumber kemudian dibotolkan....... [1/1]
Bahaya madu lebah tiruan - Pendedahan penyelidik dari Jabatan Perubatan Molekular, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr. Kamaruddin Mohd Yusof mengenai 80 peratus madu lebah yang terdapat di pasaran tidak tulen mengejutkan banyak pihak.....[1/2], [2/2]

Madu tualang berpotensi ubati penyakit kanser - Madu lebah tualang yang banyak terdapat di kawasan hutan simpan negara ini berpotensi menjadi suplemen dalam terapi kanser terutama kanser payudara, kata Ketua Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Madya Dr. Nik Soriani Yaacob.

Katanya, kajian awal mendapati madu lebah dari pokok tualang yang tumbuh liar dalam hutan berpotensi menyekat penyuburan sel-sel kanser, di samping membunuh sel-sel berbahaya itu daripada merebak. "Namun begitu, penyelidikan ini masih di peringkat awal dan banyak kajian perlu dilakukan untuk memahami dengan lebih mendalam proses yang dirangsang oleh madu menyebabkan kematian sel-sel kanser tersebut,” katanya dalam kertas kerja bertajuk Aktiviti Antikanser Madu Lebah Tualang pada satu seminar mengenai penggunaan madu lebah asli di sini hari ini.

Seramai 300 peserta hadir pada seminar dua hari itu bagi membincangkan antara lainnya mengenai khasiat madu lebah asli dalam bidang perubatan, cara mempopularkan penggunaan madu lebah dalam masyarakat dan menerokai pelbagai kegunaan madu lebah asli sebagai minuman dan makanan. Program anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian itu yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah FAMA, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz........[1/1]

 

                 

copyright ©2007 khasiat madu lebah asli